Carian Anda

Monday, 14 May 2012

Resepi 2 - Popia Sayur

Aslmualaikum..mlm ni sy nk brkongsi 1 lg hidangan yg sesuai disajikan untuk minum petang, iaitu popia sayur. Resepi dari kakak sy, Maria Nawil.




Bahan2 utk inti:

Lobak merah - dipotong halus & memanjang
Tauge
2 sudu bawang merah
sedikit bawang putih
sedikit ikan bilis - dikisar halus
garam

*selain drpd ikan bilis, boleh juga digantikan dgn udang kering atau perisa mknan yg lain seperti pati ayam..ikut citarasa masing2..;)

Cara membuat Inti:

 1. Seperti biasa pnskan minyak (dlm kuantiti yg paling minimum), kemudian tumis bawang merah & bawang putih
2.  Kemudian masukkan garam & ikan bilis yg telah dikisar halus td.
3.Masukkan lobak merah & tmbhkan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan tauge & goreng hingga kering


* Selain drpd sayur, boleh juga juga digantikan dengan inti telur hancur atau inti otak-otak..pun sedap!

             Kemudian, setelah inti disejukkan.. boleh di gulung bersama kulit  seperti ini..;)



*Utk melekatkan hujung gulungan popia, boleh bancuhkan sedikit tepung gandum bersama air (pekat)


Ok..sedia utk digoreng di dalam minyak yg sederhna pns..supaya kulit dlmnya juga masak..


Ok, seterusnya popia sayur ini biasa dimakan dgn sos..

Bahan2 membuat sos popia:

1 sudu lada
Sedikit bawang putih
5 sudu sos tomato
gula pasir
2 sudu tepung jagung (dicairkan dgn sedikit air) 
Air secukupnya

* Jika mahu lebih pedas & lebih manis, boleh tmbahkan lagi lada & gula..ikut tekak masing2 ye..;) 

Cara membuat sos popia:

1. Masukkan air ke dalam kuali.
2. Masukkan lada & bawang putih
3. Bila sudah hampir mendidih, masukkan soso tomato & gula pasir.
4. Apabila sudah memdidih, masukkan tepung jagung yg telah dicairkan dgn sedikit air td. Biarkn dlm 1 minit..Ok..siap! 

* Fungsi tepung jagung yg dicairkan td ialah utk memekatkan sos anda.
* Selain drpd dimakan bersama popia, sos ini juga sesuai dihidangkan bersama mknan yg lain seperti kentang goreng, sosej, nuget, keropok dll..




No comments: