Aslmualaikum..bertemu lagi kita pd petang ini..Kali ini sy ingin berkongsi kisah tentang seorang pemuda yg beribu-bapakan babi. Terdapat sgt bnyk pngajaran di dalam kisah ini..slmt membaca. Yg baik dijadikan tauladan. Yg buruk jgn ikut ye. Hehehe
Pada suatu hari, Nabi Musa a.s. bertanya kpd Allah s.w.t..
"Ya Allah, siapakah org yg akn berjiran denganku di syurga nanti?"
Kemudian Allah menjawab dgn memberikan nama & nama kampung serta tempat tinggal org yg dimaksudkan.
Nabi Musa a.s. pn turun dr Bukit Tursina & berjalan ke tempat tujuannya. Setelah beberapa hri pjlnan, beliau pn smpi. Beliau berjaya bertemu dgn org yg dimaksudkan itu dgn bantuan penduduk di situ.
Setelah memberi salam & dipersilakan masuk, tuan rumah terbabit terus masuk ke dalam bilik & membawa keluar seekor babi betina yg besar. Babi itu didukung, dibersihkan & dimandikan serta dikeringkan. Kemudian babi itu dicium & dihantar semula ke dalam bilik.
Setelah itu, dibawa keluar pula seekor babi jantan ug lebih besar, didukung, dimandi & dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering & dipeluk cium dgn pnuh kasih syg. Kemudian babi itu dihantar semula ke bilik.
Setelah selesai. barulah dia melayan Nabi Musa a.s.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?" tanya Nabi Musa
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu.
"Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat seperti itu." kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua2 ekor babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi. Soal dosa mereka dengan Allah, itu soal lain. Itu urusan mereka dgn Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari2 aku berbakti kepada kedua2 ibu-bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku sebagai anak," jawab pemuda itu.
"Setiap hari aku berdoa kpd Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi." tambah pemuda itu.
Ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
"Wahai Musa, inilah org yg akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yg sgt tinggi kpd kedua2 ibu-bapanya. Ibu & ayahnya sudah berupa babi pun, dia tetap berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan makamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."
Allah berfirman lagi, "Oleh kerana dia telah berada dimakam anak yg soleh di sisi Kami, maka Kami angkap doanya. Tempat kedua2 ibu-bapanya yang Kami sediakan dlm neraka telah Kami pindahkan ke dlm syurga."
Subhanallah..Begitu besar kuasa Allah. Itulah berkat menjadi anak soleh. Doanya dapat menebus dosa ibu-bapanya yang akan masuk neraka..akhirnya dipindahkan ke syurga..dgn syarat dia berbakti kpd ibu-bapanya. Amin.
Semoga kita mengambil iktibar drpd kisah ini.. Semoga kita brjaya dlm usaha mnjadi anak yg soleh & solehah di dunia ini..kerana anak soleh & solehah itulah harta paling brharga bagi ibu-bapa kita akhirnya nanti.. :)
Rujukan: Himpunan Cerita-cerita dalam Al-Quran & Hadis (1992), Penerbitan SAFA, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment