Khalifah Umar Bin Al-Khattab
Latar belakang
Umar Al-Khattab dilahirkan di
Mekah. Beliau berasal dari suku Bani Adi, iaitu salah satu puak kabilah
Quraisy. Nama lengkapnya ialah Umar ibn Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Ka’ab bin Lu’ai al-Quraisy. Suku Bani
Adi dipandang mulia & tinggi oleh kabilah Quraisy. Ramai orang yg terkenal
dlm sejarah perkembangan Islam berasal dari suku Bani Adi.
Umar Al-Khattab mempunyai susuk
yang tinggi, tegap & sasa. Beliau termasuk dlm golongan elit dikalangan
kabilah Quraisy. Beliau sering mewakili kaumnya dlm perundingan dgn kabilah2
Arab yg lain. Pertuturannya jelas, fasih, menarik & meyakinkan.
Sejak remaja, kehebatan,
keberanian & disiplinnya terserlah. Beliau sering beradu kekuatan dalam
pesta tahunan di Ukaz, Mekah & selalu menjadi pemenang. Beliau jg mahir
menunggang kuda apabila mampu mempamerkan kehandalannya menunggang &
menjinakkan kuda liar.
Umar Al-Khattab jg mewarisi
kebijaksanaan moyangnya, Adi iaitu tokoh terkemuka Quraisy yg sering mengambil
peranan dlm menyelesaikan perbalahan dikalangan suku & kabilah.
Ibu Umar Al-Khattab bernama
Khanthamah, iaitu anak perempuan kpd Hisyam bin Al-Mughirah. Moyangnya
Al-Mughirah merupakan seorang tokoh yg mempunyai kedudukan dlm masyarakat suku
kaum Quraisy, yg memegang jawatan sbg Komander dlm pasukan ketenteraan.
Umar Al-Khattab juga merupakan
anak saudara kpd Arm bin Hisyam yg lebih dikenali sbg Abu Jahal. Abu Jahal
ialah saudara kandung kpd ibunya, iaitu Khanthamah.
Melihat latar belakang,
peribadinya yg hebat & kelebihan2 yg ada pd Umar Al-Khattab ini, maka
Rasulullah S.A.W memohon agar Allah membuka hati Umar utk memeluk Islam,
walaupun Abu Jahal tidak melakukannya.
Baginda berdoa “ Ya Allah!
Perkuatkanlah Islam dgn salah seorang; Amr bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar
Al-Khattab.
Detik
memeluk Islam
Sebelum pengislamannya, Umar
Al-Khattab ialah org yg paling kuat menentang Islam. Umar diyakinkan olh kaum
Quraisy supaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W yg dituduh sbg punca kpd perpecah-belahan
kaum Quraisy. Dgn mata merah menyala & menyandang pedang, Umar menuju ke
Safa, tmpt pertemuan sulit org Islam, utk membunuh Rasullullah S.A.W.
Dlm perjalanan, Umar berjumpa
dgn Na’im, yg telah memeluk Islam secara rahsia.
“Wahai
Umar! Hendak ke mana?” tanya Na’im
“Hendak
mencari Muhammad yg menimbulkan huru-hara dikalangan Quraisy. Demi Tuhan, aku
akan bunuh dia!” jawab Umar.
“Bukankan
lebih baik kamu menemui ahli keluarga kamu sendiri bagi mendapatkan keterangan
lebih jelas tntg Islam?” balas Na’im, sebagai usaha utk menyekat
hasrat Umar.
“Siapakah
mereka dari kalangan keluargaku yg memeluk Islam?” tanya
Umar dgn berang.
“Adikmu
Fatimah & iparmu Said bin Zaid, mereka penganut Islam”, balas
Na’im.
Sewaktu Umar tiba dirumah
Fatimah, khubab bin Al-Art medang membaca Surah Taaha yg tertulis pd sehelai
pelepah kurma. Beliau segera bersembunyi dibilik & Fatimah menyembunyikan
naskah itu dibalik pakaiannya.
“Apakah
bacaan yg aku dengar tadi, yg berhenti bila aku tiba?” tanya
Umar.
“Tiada
apa yg dibaca, kamu silap”, jawab Fatimah.
“Tidak
silap, juga tidak silap bila aku katakan bahawa aku tahu kamu berdua sudah
menjadi penganut agama Muhammad”, tegas Umar.
Umar Al-Khattab menyerang
iparnya, Said bin Zaid hingga jatuh lalu duduk di atas dadanya smbil menjerut
janggutnya. Fatimah berusaha membebaskan suaminya dari Umar.
“Benar
katamu itu, kami penganut Islam”, jawab Fatimah.
Mendengar pengakuan itu, Umar
menampar pipi Fatimah sehingga berdarah. Melihat keadaan Fatimah, Umar rasa
bersalah lalu berkata;
“Berikan naskah yg dibaca tadi,
aku ingin tahu apakah pengajaran yg disampaikn oleh Muhammad itu”, pinta Umar.
“Kami takut kamu akan
musnahkannya”, balas Fatimah.
“Jangan bimbang, aku akan
mengembalikannya semula sebaik aku selesai membacanya”, balas Umar.
“Aku tidak dapat berikan naskah
itu, kerana kamu tidak bersih”, balas Fatimah.
Umar lalu membersihkan dirinya
dgn air sebelum menyentuh naskah itu.
Surah
Taaha..ayat 1-3
Maksudnya: 1. Taa haa. 2. Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang2 yang takut melanggar perintah Allah. 4. (Al Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi & langit yang tinggi. 5. Iaitu (Allah) Ar Rahman yang bersemayam di atas Arasy.
Setelah selesai membaca, Umar
mengaguminya.
“Alangkah
indahnya, susunan perkataannya amat menawan!” kata Umar.
“Wahai
Umar, aku mengharapkan supaya Yang Maha Kuasa memilihmu sebagaimana yg aku
dengar doa Rasulullah semalam”. Kata Khubab bin Al-Art yg
keluar dari persembunyiannya. Katanya;
Ya
Allah! Perkuatkanlah Islam dgn salah seorang; Amr bin Hisyam (Abu Jahal) atau
Umar Al-Khattab.
“
Bawakan aku segera menemui Muhammad, agar aku dapat memeluk Islam didepannya”, jawab
Umar.
Khubab membawa Umar ke rumah
Al-Arqam di daerah Safa dgn gembira.Sejurus masuk ke dalam rumah, Umar berkata
dgn nada rendah;
“Aku
dtg utk mengisytiharkan kepercayaanku kpd Allah, pesuruh-Nya, & apa jua yg
diturunkan Allah”.
Mendengar pengakuan itu,
Rasullullah S.A.W melaungkan takbir sbg tanda syukur & gembira.
Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun
bayangnya di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah yang muktabar.
Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali
kita umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk
cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah (s.a.w) telah pun bersabda
yang bermaksud;
“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia
menceritakan apa saja yang didengarnya.” (Hadits Riwayat Muslim)
Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain
adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup sahabat Rasulullah (s.a.w), juga
untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah,
penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila
membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah (s.a.w) dan sahabat-sahabat
Baginda (s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.
Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan
kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a menanam
hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar
tersebut). Begini ceritanya ...
“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke
dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar
menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau
dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya
menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang
kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi
menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya
yang terakhir ...”
Adakah benar beliau pernah membunuh anak perempuannya sebelum memeluk Islam?
Ini adalah kisah yg paling popular. Banyak yg menceritakan mengenai kisah Saidina Umar membunuh anak perempuannya pd zaman jahiliyyah. Lagu Hijaz berjudul "Aku Hanya Umar" juga menceritakan kisah ini. ada juga buku berkaitan kisah ini ditulis. Ada yg memberitahu kpd penulis buku ini, bahawa kisah pembunuhan ini adalah palsu..& penulis buku ini telah memohon maaf & berkata dia hanya menulis & menyelitkan kisah ini di dalam bukunya kerana ini adalah kisah yg popular..tanpa menyelidiki kesahihannya.
Oleh kerana saya tidak pakar, maka saya sertakan artikel dari yg pakar untuk menjawab kemusykilan ini. Artikel di bawah adalah karya asal oleh Ustaz Muhammad Asri Yusof, seorang sarjana Hadis..& telah disaring oleh www.darulkautsar.net.
Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih
dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’
Islam dalam menilai sesuatu cerita.
Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:
1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh
dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy
pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar
r.a membunuh anak perempuan sendiri.
2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di
kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan
menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu
al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).
Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim,
seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah
mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana
terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah
menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa
mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.
Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat
keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair
Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.
Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua
ibubapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak
perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu
al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak
terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah (s.w.t) dengan
sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba
mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s).
Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya
hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua
ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak
perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu
biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)
Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga
Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri.
Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala
anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah
dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak
perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat
menyerlah dan terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk
ini dengan membunuh anak sendiri!
3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah (s.a.w) berbai’ah
dengan perempuan-perempuan mukmin. Di antara ucapan Baginda (s.a.w) ialah:
“Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.” Hindun dengan spontan
menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang
membunuhnya.”
Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits
dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini
menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini.
Sabda Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak
perempuan iaitu sabda Baginda (s.a.w) yang bermaksud;
“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka
sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat
menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)
Apa ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang
mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain
yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi
Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar
r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin
Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.
Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak
sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah
Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak
perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung
ialah Sayyidatina Hafsah.
Di sini saya sertakan serba sedikit tentang biodata Ustaz Muhammad Asri.
Dilahirkan pada 12 Julai 1958 di Bukit Abal, Pasir Puteh,
Kelantan. Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal
hingga darjah 3, kemudian ke India (ketika masih berumur 10 tahun) untuk
menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband. Setelah itu di Madrasah
al-Diniah al-Bakriah (Pondok Pasir Tumboh Kelantan) untuk belajar asas
ilmu alat. Kemudian kembali ke India untuk mendalami ilmu hadis di
Nadwatul Ulama Lucknow dan seterusnya ke Pakistan di Jamiah al-Ulum
al-Islamiah Karachi.
Sepulangnya ke Malaysia, beliau berkhidmat sedikit sebanyak kepada masyarakat dan membuka Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar.
Untuk pengetahuan, Maulana Asri merupakan sebilangan kecil ilmuan hadis
di Malaysia yang berjaya khatam mensyarahkan Sahih al-Bukhari.
Semoga kita mendapat manfaat. Yg baik dr Allah, yg buruk dr kita jua. Apapun yg kita dengar atau lihat, hendaklah diperiksa terlebih dahulu kesahihannya, agar kita tidak terpedaya..walau sehebat & sepopular manapun kisah itu..kerana manusia tetap manusia, & tiada yg sempurna.
Surah Al Baqarah ayat 191:
191. وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ
ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ
أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ
كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka
dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih
besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di
Masjidilharam, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika
mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah
balasan bagi orang-orang kafir.
Surah Al Baqarah ayat 207:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ
فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ
أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا
يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ
اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ
كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi
menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi
masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih
besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya)
daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai
mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran),
seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari
agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia
amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka,
mereka kekal di dalamnya.
Ada juga ceramah berbentuk video dari yang pakar, yg saya peroleh berkenaan kisah ini, akan saya kongsikan kemudian untuk rujukan bersama.. Wallahualam..
Rujukan:
- www.darulkautsar.net
- Khulafa' Al Rasyidin