Aslmualaikum..hr ni sy nk brkongsi resepi kuih lapis. Bru pertama kali sy mencuba resepi ini semalam.. Alhamdulillah..menjadi..Hehe..Ringkas & mudah sj. Sesuai disajikan untuk minum petang bersama keluarga & teman2..
Kuih Lapis
Bahan2nya:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi (tepung sagu)
*boleh juga menggantikan tepung ubi dengan tepung jagung atau tepung beras.
5 cawan santan (drpd sebiji kelapa)
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1 sudu kecil esen ros
sedikit pewarna merah
*ikut suka nk letak brp bnyk, ikut warna. Kalu sy, sy ltk sedikit sj..utk kesihatan.. guna bnyk pwarna xbgus..bia warna xbrpa menarik, asal sihat.. hehe
Cara Membuatnya:
1. Pukul telur & gula hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum & tepung ubi, kemudian kacau
3. Masukkan santan sedikit demi sedikit
4. Masukkan esen ros.
* Jika mahu menjimatkan masa, masukkan smua bahan ke dalam pengisar & kisar hingga sebati..mcm yg sy buat ;) hehehe..
5. Setelah selesai, bahagian adunan kpd 2 bhgian. 1 bhgian dibiarkan bgitu sj & 1 bhgian lg ditambahkan dgn sedikit pewarna merah
*jika mahu kelainan, boleh juga di letakkan pewarna lain, ikut suka la. Tapi sy lbh suka warna kuih yg asal. merah jambu belang putih..;)
6. Sapukan loyang dgn sedikit minyak/marjerin, kemudian pnskan sebentar di dalam pengukus.
7. Masukkan secawan adunan merah ke dalam loyang & kukus selama 5 minit.
8. Setelah itu, masukkan pula 1 cawan adunan putih & kukus lg selama 5 minit.
9. Ulangi langkah 7 & 8 sehinga adunan habis.
10. Akhir sekali, kukus adunan selama 40 minit.
11. Setelah masak, sejukkan kuih, & boleh d potong & sedia untuk dihidangkan atau d jual..Huhu..
* Jika mahu potongan yg lbh kemas, boleh d potong menggunakan benang..
* Maaf, lupa nk ambil gambar sblum kuih d potong..
Alhamdulillah, habis jualan kuih lapis sy hr ni.. Amin2.. Selamat mencuba..;)
No comments:
Post a Comment