Part 1: Apa itu madu?
Madu didefinisikan sebagai cecair yang terhasil daripada nektar bunga atau zat gula yang terkandung di dalam buah-buahan yang dimakan oleh lebah & dicernakan di dalam perutnya.
Cecair yang terhasil itu dikenali sebagai madu. Ia mempunyai rasa, warna & zat yang berbeza-beza. Antaranya berwarna putih, kuning, kuning kehitaman dan merah.
Mengapa terdapat perbezaan dalam warna madu?
1. Kandungan air, mineral dan zat gula yang terdapat di dalamnya. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza. (Dr. Abdul Karim Najib, 1994). Madu yang bewarna gelap mengandungi zat kuprum, zat besi dan mangnesium yang lebih tinggi. (Prof H. A. Schuette, Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin)
2. Jenis lebah
Lebah pergunungan bersaiz lebih besar & berkemampuan untuk terbang jauh mencari bunga-bungaan dan lebih rajin berbanding lebah hutan yang bersaiz lebih kecil.
Kualiti bunga-bungaan di tanah tinggi pergunungan berbeza berbanding pokok-pokok hutan dan pokok buah-buahan. Ini kerana kebanyakan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah dari jenis yang hanya mengeluarkan bunga tetapi tidak mengeluarkan buah.
Kandungan mineral dan hormon dari pokok berbunga dan menghasilkan buah adalah berlainan dengan pokok berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Ini mempunyai kaitan dengan nektar bunga yang dihisap oleh lebah di mana manisan dari bunga yang tidak menjadi buah adalah lebih baik dari bunga yang akan menjadi buah.
3. Jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang dimakan oleh lebah.
Lebah yang menghisap nektar dari pelbagai jenis bunga menghasilkan madu yang lebih berkualiti berbanding lebah yang hanya menghisap nektar dari beberapa jenis bunga sahaja.
Bagaimana menentukan keaslian madu?
Terdapat sedikit perbezaan dlm cara menentukan keaslian madu, seperti madu pergunungan & madu hutan . Berikut adalah antara cara untuk menentukan keaslian madu.
- Titiskan sedikit madu di atas sehelai kertas. Perhatikan di bahagian belakang kertas. Sekiranya tiada bekas serapan oleh madu di bahagian belakang kertas tersebut, maka madu tersebut adalah asli.
- Masukkan sesudu madu ke dalam gelas berisi air putih. Sekiranya madu jatuh ke dasar gelas dengan kadar laju tanpa melarut dalam air, ini bermakna madu tersebut adalah asli. Ini kerana madu asli lebih tumpat daripada air
- ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ia tidak asli. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.
Nantikan Part 2: Kehebatan Madu Menurut Al-Quran & Hadis
No comments:
Post a Comment