Helo..assalamualaikum.. emm..malam ni ada idea nak berkongsi tentang resepi laksam. Tak pandai sangat pun buat sebenarmya..tapi nak kongsi juga.. hehe.. saya baru cuba resepi ni 2 kali..saya rujuk dari buku masakan, kenalan & secara atas talian..saya gabung semua, & buat cara saya..kuah memang jadi..tp agak sukar sikit nak buat mi laksam tu..buat kali kedua baru ok..Ok, tanpa buang masa..ni resepinya..
Laksam Johor..hahaha
A. Bahan untuk mi laksam
- 3cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 4 cawan air suam
- secubit garam
Cara membuatnya;
- Campukan tepung beras, tepung gandum & garam.
- Letak air sedikit demi sedikit. (kalau adunan masih pekat, tambahkn lagi air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair)
- Panaskan pengukus, sapu sedikit minyak pada bekas, (saya guna tutup periuk yang rata)
- masukkan 2 1/2 senduk adunan ke atas bekas & ratakan.
- Kukus selama 10 minit.
- Selepas itu, angkat & gulung dgn berhati2..
- Anda boleh peroleh kira2 10 gulungan mi laksam dgn adunan ini.
Hehe..inilah hasil mi laksam saya masa pertama kali buat..dari 5 tu..2 je yang cantik..tapi buat kali kedua..alhamdulillah..semua menjadi..
B. Bahan utk kuah laksam
- 1/2 kilo ikan selayang atau kembung
- Sebiji kelapa (lebih kurang 3 cawan santan)
- 5 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Sedikit halia
- 2 batang serai
- 3-4 keping asam keping
- 1 sudu lada hitam
- sedikit garam & gula
Cara membuatnya:
- Rebus ikan bersama sekiping asam keping.
- Setelah itu asingkan isi ikan & kisar bersama bawang merah, bawang putih & halia
- Simpan air rebusan ikan
- Panaskan minyak, tumis bahan kisaran.
- Tambahkan lada hitam, asam keping, gula, garam. (saya suka masam & lebih lada hitam)
- Masukkan air rebusan ikan..
- Apabila mendidih, masukkan santan, masak sehingga mendapat kepekatan yg dikehendaki. (saya suka yg tidak terlalu cair, tidak juga terlalu pekat)
C. Bahan utk ulaman
- kacang panjang
- Timun
- Telur rebus
- tauge dan bunga kantan (dihiris halus & dicelur)
Kesemua bahan (kecuali telur), dihiris halus..
Bunga kantan lg bnyk lagi sedap..sebab ia memberi aroma bau yg mampu menaikkan aura laksam itu..emmm
Sebenarnya ada sambal juga.. tetapi kami berdua..hehe tak berapa makan pedas..jadi taklah dibuat sambalnya..harap boleh cuba pada sesiapa yg mahu mencuba & tak pernah buat. (biasa la tu kalau buat pertama kali tak jadi..mcm saya..hehe..in sya allah, mesti boleh kalau usaha. practice make perfect..hohoho)
Jemput makan hidangan yg tak seberapa ini.. hehehe..jumpa lagi di artikel yg akan datang. In sya allah, jumpa nanti..Gud nite..