Carian Anda

Friday, 11 October 2013

Saidina Umar membunuh anak perempuannya????



Khalifah Umar Bin Al-Khattab
Latar belakang
Umar Al-Khattab dilahirkan di Mekah. Beliau berasal dari suku Bani Adi, iaitu salah satu puak kabilah Quraisy. Nama lengkapnya ialah Umar ibn Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Ka’ab bin Lu’ai al-Quraisy. Suku Bani Adi dipandang mulia & tinggi oleh kabilah Quraisy. Ramai orang yg terkenal dlm sejarah perkembangan Islam berasal dari suku Bani Adi.
Umar Al-Khattab mempunyai susuk yang tinggi, tegap & sasa. Beliau termasuk dlm golongan elit dikalangan kabilah Quraisy. Beliau sering mewakili kaumnya dlm perundingan dgn kabilah2 Arab yg lain. Pertuturannya jelas, fasih, menarik & meyakinkan.
Sejak remaja, kehebatan, keberanian & disiplinnya terserlah. Beliau sering beradu kekuatan dalam pesta tahunan di Ukaz, Mekah & selalu menjadi pemenang. Beliau jg mahir menunggang kuda apabila mampu mempamerkan kehandalannya menunggang & menjinakkan kuda liar.
Umar Al-Khattab jg mewarisi kebijaksanaan moyangnya, Adi iaitu tokoh terkemuka Quraisy yg sering mengambil peranan dlm menyelesaikan perbalahan dikalangan suku & kabilah.
Ibu Umar Al-Khattab bernama Khanthamah, iaitu anak perempuan kpd Hisyam bin Al-Mughirah. Moyangnya Al-Mughirah merupakan seorang tokoh yg mempunyai kedudukan dlm masyarakat suku kaum Quraisy, yg memegang jawatan sbg Komander dlm pasukan ketenteraan.
Umar Al-Khattab juga merupakan anak saudara kpd Arm bin Hisyam yg lebih dikenali sbg Abu Jahal. Abu Jahal ialah saudara kandung kpd ibunya, iaitu Khanthamah.
Melihat latar belakang, peribadinya yg hebat & kelebihan2 yg ada pd Umar Al-Khattab ini, maka Rasulullah S.A.W memohon agar Allah membuka hati Umar utk memeluk Islam, walaupun Abu Jahal tidak melakukannya.
Baginda berdoa “ Ya Allah! Perkuatkanlah Islam dgn salah seorang; Amr bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar Al-Khattab.
Detik memeluk Islam
Sebelum pengislamannya, Umar Al-Khattab ialah org yg paling kuat menentang Islam. Umar diyakinkan olh kaum Quraisy supaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W yg dituduh sbg punca kpd perpecah-belahan kaum Quraisy. Dgn mata merah menyala & menyandang pedang, Umar menuju ke Safa, tmpt pertemuan sulit org Islam, utk membunuh Rasullullah S.A.W.
Dlm perjalanan, Umar berjumpa dgn Na’im, yg telah memeluk Islam secara rahsia. 
“Wahai Umar! Hendak ke mana?” tanya Na’im
“Hendak mencari Muhammad yg menimbulkan huru-hara dikalangan Quraisy. Demi Tuhan, aku akan bunuh dia!” jawab Umar.
“Bukankan lebih baik kamu menemui ahli keluarga kamu sendiri bagi mendapatkan keterangan lebih jelas tntg Islam?” balas Na’im, sebagai usaha utk menyekat hasrat Umar.
“Siapakah mereka dari kalangan keluargaku yg memeluk Islam?” tanya Umar dgn berang.
“Adikmu Fatimah & iparmu Said bin Zaid, mereka penganut Islam”, balas Na’im.
Sewaktu Umar tiba dirumah Fatimah, khubab bin Al-Art medang membaca Surah Taaha yg tertulis pd sehelai pelepah kurma. Beliau segera bersembunyi dibilik & Fatimah menyembunyikan naskah itu dibalik pakaiannya. 
“Apakah bacaan yg aku dengar tadi, yg berhenti bila aku tiba?” tanya Umar.
“Tiada apa yg dibaca, kamu silap”, jawab Fatimah.
“Tidak silap, juga tidak silap bila aku katakan bahawa aku tahu kamu berdua sudah menjadi penganut agama Muhammad”, tegas Umar.
Umar Al-Khattab menyerang iparnya, Said bin Zaid hingga jatuh lalu duduk di atas dadanya smbil menjerut janggutnya. Fatimah berusaha membebaskan suaminya dari Umar.
“Benar katamu itu, kami penganut Islam”, jawab Fatimah.
Mendengar pengakuan itu, Umar menampar pipi Fatimah sehingga berdarah. Melihat keadaan Fatimah, Umar rasa bersalah lalu berkata;
Berikan naskah yg dibaca tadi, aku ingin tahu apakah pengajaran yg disampaikn oleh Muhammad itu”, pinta Umar.
Kami takut kamu akan musnahkannya”, balas Fatimah.
Jangan bimbang, aku akan mengembalikannya semula sebaik aku selesai membacanya”, balas Umar.
Aku tidak dapat berikan naskah itu, kerana kamu tidak bersih”, balas Fatimah.

Umar lalu membersihkan dirinya dgn air sebelum menyentuh naskah itu.

Surah Taaha..ayat 1-3

Maksudnya: 1. Taa haa. 2. Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang2 yang takut melanggar perintah Allah. 4. (Al Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi & langit yang tinggi. 5. Iaitu (Allah) Ar Rahman yang bersemayam di atas Arasy.

Setelah selesai membaca, Umar mengaguminya.
“Alangkah indahnya, susunan perkataannya amat menawan!” kata Umar.
“Wahai Umar, aku mengharapkan supaya Yang Maha Kuasa memilihmu sebagaimana yg aku dengar doa Rasulullah semalam”. Kata Khubab bin Al-Art yg keluar dari persembunyiannya. Katanya;
Ya Allah! Perkuatkanlah Islam dgn salah seorang; Amr bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar Al-Khattab.
“ Bawakan aku segera menemui Muhammad, agar aku dapat memeluk Islam didepannya”, jawab Umar.
Khubab membawa Umar ke rumah Al-Arqam di daerah Safa dgn gembira.Sejurus masuk ke dalam rumah, Umar berkata dgn nada rendah;
“Aku dtg utk mengisytiharkan kepercayaanku kpd Allah, pesuruh-Nya, & apa jua yg diturunkan Allah”.
Mendengar pengakuan itu, Rasullullah S.A.W melaungkan takbir sbg tanda syukur & gembira.
Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah (s.a.w) telah pun bersabda yang bermaksud;

“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.” (Hadits Riwayat Muslim)

Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup sahabat Rasulullah (s.a.w), juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah (s.a.w) dan sahabat-sahabat Baginda (s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ...

“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...”

Adakah benar beliau pernah membunuh anak perempuannya sebelum memeluk Islam?

Ini adalah kisah yg paling popular. Banyak yg menceritakan mengenai kisah Saidina Umar membunuh anak perempuannya pd zaman jahiliyyah. Lagu Hijaz berjudul "Aku Hanya Umar" juga menceritakan kisah ini. ada juga buku berkaitan kisah ini ditulis. Ada yg memberitahu kpd penulis buku ini, bahawa kisah pembunuhan ini adalah palsu..& penulis buku ini telah memohon maaf & berkata dia hanya menulis & menyelitkan kisah ini di dalam bukunya kerana ini adalah kisah yg popular..tanpa menyelidiki kesahihannya.

Oleh kerana saya tidak pakar, maka saya sertakan artikel dari yg pakar untuk menjawab kemusykilan ini. Artikel di bawah adalah karya asal oleh Ustaz Muhammad Asri Yusof, seorang sarjana Hadis..& telah disaring oleh www.darulkautsar.net.

Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’ Islam dalam menilai sesuatu cerita.

Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.

2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).

Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.

Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s). Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan  terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri!

3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah (s.a.w) berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Di antara ucapan Baginda (s.a.w) ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.”  Hindun dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini.

Sabda Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda (s.a.w) yang bermaksud;

“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)

Apa ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.

Di sini saya sertakan serba sedikit tentang biodata Ustaz Muhammad Asri.

Dilahirkan pada 12 Julai 1958 di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3, kemudian ke India (ketika masih berumur 10 tahun) untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband. Setelah itu di Madrasah al-Diniah al-Bakriah (Pondok Pasir Tumboh Kelantan) untuk belajar asas ilmu alat. Kemudian kembali ke India untuk mendalami ilmu hadis di Nadwatul Ulama Lucknow dan seterusnya ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.
Sepulangnya ke Malaysia, beliau berkhidmat sedikit sebanyak kepada masyarakat dan membuka Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar. Untuk pengetahuan, Maulana Asri merupakan sebilangan kecil ilmuan hadis di Malaysia yang berjaya khatam mensyarahkan Sahih al-Bukhari.


Semoga kita mendapat manfaat. Yg baik dr Allah, yg buruk dr kita jua. Apapun yg kita dengar atau lihat, hendaklah diperiksa terlebih dahulu kesahihannya, agar kita tidak terpedaya..walau sehebat & sepopular manapun kisah itu..kerana manusia tetap manusia, & tiada yg sempurna. 


Surah Al Baqarah ayat 191:

191. وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ  قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidilharam, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir.


Surah Al Baqarah ayat 207:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. 

Ada juga ceramah berbentuk video dari yang pakar, yg saya peroleh berkenaan kisah ini, akan saya kongsikan kemudian untuk rujukan bersama.. Wallahualam..

Rujukan:
  1. www.darulkautsar.net
  2. Khulafa' Al Rasyidin