Carian Anda

Wednesday, 18 July 2012

Peristiwa yg berlaku di dalam bulan Ramadhan.. Part 1 Perang Badar

Aslmualaikum.. bertemu lagi dlm post berkenaan Ramadhan al-Mubaraq ini. beberapa hari lg sy seluruh umat Islam akan menunaikn rukun islam ke 4. Selamat mnjlni ibadah puasa dgn sebaik mgkin. Amin.. Kali ini sy ingin berkongsi tntang beberapa peristiwa penting yg berlaku di dalam bulan Ramadhan SECARA RINGKAS. Semoga kita dapat mengambil pngajaran & mnmbah pngetahuan tntg sjarah Islam. Selamat mmbca.

PERANG BADAR 

Perang Badar ialah peperangan pertama antara orang Islam dengan kafir. Pada mulanya orang Islam tidak berhajat untuk berperang. Ketua musuh islam pada masa itu ialah Abu Sufian telah membawa balik barang dagangan dari Syam melalui satu tempat di luar Madinah bernama Badar dan di situ ada telaga untuk mengambil air buat bekalan. Berita Abu Sufian membawa balik barang dagangan yang banyak telah sampai kepada orang Islam di Madinah.
 
Dalam satu mesyuarat orang Islam di sebuah masjid, mereka memutuskan untuk menyekat rombongan Abu Sufian dan merampas barang dagangannya di tempat yang bernama Badar. (Harta musuh halal dan boleh dijadikan harta rampasan). Mesyuarat itu turut dihadiri oleh orang Islam Munafik (pura-pura).  Orang Munafik itu telah memberitahu geng-gengnya di luar masjid iaitu orang Yahudi tentang sekatan di Badar itu. Orang Yahudi pula memberitahu Abu Sufian tentang sekatan itu. Abu Sufian membuat keputusan untuk melalui jalan lain iaitu jalan bukit, namun unta yang membawa barang dagangan tetap melalui jalan asal.{1}

Pada bulan Syaaban tahun ke 2 Hijrah, turun perintah supaya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Perang Badar berlaku pd bulan Ramadhan tahun ke 2 Hijrah. Orang Islam mndapat berita ada rombongan dagang Quraisy yg besar pulang dari Syam. Mereka membawa 1000 ekor unta & hnya dikawal oleh 40 orang lelaki yg diketuai oleh Abu Sufyan.

Seramai 313 orang tentera Islam telah mnyertai perperangan ini. Rombongan tentera Islam hanya mempunyai 70 ekor unta da 2 ekor kuda. Oleh itu, tentera Islam berganti2 menaiki unta & kuda & selebihnya berjalan kaki. Rombongan ini dipimpin sndri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sementara tentera Quraisy berjaya menghantar seramai 950 lelaki yg lengkap dgn persiapan perang, sedangkan rombongan Nabi Muhammad bukan mahu berperang, sebaliknya hnya mahu mnyekat rombongan Abu Sufyan sahaja. {2}

Pada mlm sblum tercetusnya perperangan, Allah mendatangkan rsa mengantuk shingga smua tentera Islam tertidur & dpt rht secukupnya setelah sembahyang mlm & bermunajat. Ini semua adalah persiapan Allah utk kemenangan tentera Islam dalam perperangan.

Firman Allah dlm Surah Al Anfal ayat 11;

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ
 (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya tapak pendirian kamu di medan perjuangan. 

 Ketika Nabi Muhammad bersama Abu Bakar di khemah khas, baginda terus bermunajat & berdoa kpd Allah.

 “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) Engkau tak akan disembah lagi  dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya keatas sehingga kain serbannya terjatuh dari bahu baginda. Melihatkan akan hal ini Sayyidina Abu Bakar menenangkan hati Nabi kerana merasa kasihan melihat Nabi memperbanyakkan bermunajat kepada Allah untuk memohon pertolongan.{3}

“Sudahlah, cukup wahai Rasulullah dengan permintaanmu kepada Tuhan mu itu”, jawab Sayyidina Abu Bakar.

Pada masa itu Allah telah mewahyukan perintahNya kepada golongan malaikatNya. Firman Allah dlm Surah Al Anfal ayat 12;

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak Aku akan jatuhkan rasa ketakutan ke hati-hati orang kafir “.

Dan Allah mewahyukan kepada RasulNya di bumi, Muhammad s.a.w. Firman Allah dlm Surah al Anfal ayat 9;

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلآئِكَةِ مُرْدِفِينَ

(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.


Ketibaan para malaikat, menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat bukan sekaligus. {4}

Perperangan Badar hnya berlaku selama 2 jam. Tentera Islam berjaya memenangi pertempuran ini, hnya 14 orang tntera Islam yg tewas. 70 orang pahlawan Mekah tewas, 70 orang lagi ditawan, manakala selebihnya melarikan dri. Antara pembesar Quraisy Mekah yg terbunuh ialah Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabiah, Syaibah Bin Rabiah, Walid bin Utbah & Uqbah bin Muayyah.

Nabi Muhammad yg sedang bermunajat tiba2 didatangi rsa mengantuk lalu terlelap. Apabila tersedar, beliau bangun dgn gmbira seraya bersabda kpd Abu Bakar..

"Bergembiralah Abu Bakar, pertolongan Allah telah datang. Ini Jibril, di atas kuda putih mengetuai 1000 malaikat yang beriringan" 
(Hadis Riwayat Ibnu Ishak)
Allah SWT menghadiahi seekor kuda gagah perkasa kepada Jibrail as untuk menjadi tunggangannya di medan Perang Badar. Kuda ini bernama Haizum.{5}

 "Ibnu Abbas berkata kepadaku, 'Salah seorang lelaki Muslim yang sedang menghadapi seorang musyrik di depannya menerangkan kepada kita bahawa tiba-tiba dia mendengar suara pukulan cemeti di atasnya dan suara seorang pahlawan yang mengatakan 'Hadapilah Haizum (nama kuda tunggangan malaikat Jibril as). Lalu ia melihat lelaki musyrik itu menggeletak. Dia melanjutkan, 'Lelaki Muslim itu mengamatinya, ternyata kepalanya telah remuk dan wajahnya terkoyak seperti (bekas) lecutan cemeti. Lalu ia menghadirkan sekelompok kaumnya. Kemudian orang Ansar itu datang dan menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, 'Engkau benar bahawa itu bantuan langit yang ketiga. Pada hari itu mereka membunuh tujuh puluh orang (musuh) dan menawan tujuh puluh orang lainnya." 
(Hadis Riwayat Abu Zumail)


Pada perperangan itu, terdapat 2 orang remaja Ansar, iaitu Muaz bin Afra, 15 & Aus bin Afra, 16. Mereka ini meminta izin kpd Abdul Rahman bin Auf utk membunuh Abu Jahal. Maka Abdul Rahman pn menunjukkan Abu Jahal kpd mereka. Mereka terus merempuh barisan tentera bkn Islam & berjaya smpi kpd Abu Jahal. Kedua2nya memukul Abu Jahal dgn perang smpi Abu Jahal terjatuh & cedera parah. Tetapi Auf bin Afra berjaya dibunuh olh Ikrimah, iaitu anak Abu Jahal.

Dlm pertmpuran ini jg, smua panglima Quraisy cuba menghindari Abu Ubaidah, yg terkenal sbg pendekar, ttapi ada seorang panglima mrk yg dr awal pertempuran lg mengekori Abu Ubaidah, sehinggalah mereka bertembung. Abu Ubaidah berjaya membunuhnya. Rupa2nya panglima Quraisy yg terbunuh itu ialah Abdullah bin Jarrah, ayahandanya sendiri.

Nabi berkata kpd para sahabatnya..
"Kalau kamu ingin tahu mayat yg dibunuh olh para malaikat, lihatlah kesan terbakar pd leher & tangannya krna para malaikat menggunakan pedang dr api neraka." 

Terdapat perdebatan di antara orang2 yg salah faham & kurang memahami peristiwa badar ini. Ada yg berpendapat Allah berjanji menurunkan 1000 malaikat bagi membantu tentera Islam pd prperangan Badar hnya dgn tjuan utk menguatkan hati & mengurangkan ketakutan tentera Islam sj. Hakikatnya, sebenarnya Allah tidak menurunkan pn malaikat pd perperangan itu. Alasan mereka ialah kerana sekiranya benar Allah menurunkan 1000 malaikat, mengapa hnya 70 tentera Quraisy yang mati? Xlogikla, kata mereka lagi. Mengapa tidak smuanya mati. Malaikat Jibril contohnya digambarkan sebagai malaikat yg sangat kuat. Ditambah lagi dgn kuda tunggangannya Haizum, tentulah malaikat Jibril ini mampu mengalahkan tentera2 Quraisy ini.


Ini adalah ayat yang dimaksudkan oleh golongan yg salah faham tntang peristiwa turunnya bantuan malaikat dlm perang badar yg Allah sebut sebagai Yaamul Furqan. 


 Firman Allah dlm surah Ali Imran ayat 123-127;


"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan 3,000 tentera dari malaikat yang diturunkan ?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan 5,000 malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa".


Tetapi bila difikirkan lagi, adakah Allah menipu & memungkiri janji? Allah berjanji utk menghantar 1000 malaikat utk membantu tentera Islam di perang Badar utk hnya utk memotivasikan tentera Islam sj, tetapi hakikatnya Allah tidak turunkan malaikat itu. Kalau fikir secara logik, pehamaman ini salah sama sekali. Allah tidak mungkin menipu apa lagi memungkiri janji. Inilah salah faham sesetengah org tentang perperangan Badar ini. Harap segala kandungan & hadis, sumber & rujukan yg dilampirkan, serta petikan ceramah Prof Madya Dr. Asri yg sy sertakan ini mampu utk menjelaskan segala slh fhm org2 yg berfikiran begini. Sesungguhnya sy jg tidak arif & masih belajar tntg sejarah Islam ini. Tetapi setelah membuat pembacaan & merujuk kpd beberapa org yg bertauliah, brulah sy berani menulis entri ini & berkongsi kpd anda smua. 
In sya Allah.




Sumber & Rujukan

1.  nasbunnuraini.wordpress.com
2. Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff; Noor Naemah Abd. Rahman - Biografi Muhammad Bin Abdullah (2003) 
3. Ceramah Ustaz Abdullah Shaleh Hadrami 
4. www.masjidnegara.gov.my
5. Aku-Macjay Blogspot
6. Ceramah Prof. Madya Dr. Asri