Firman Allah dalam surah An-Nahl:
"Kemudian makanlah daripada setiap
macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada
perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
(Surah An-Nahl: 69)
Rasulullah S.A.W ada berpesan agar seseorang itu berubat
dengan madu dan Al-Quran. Baginda bersabda;
"Ambillah / pergunakanlah olehmu
sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Madu adalah di antara makanan kegemaran yang diamalkan
pengambilannya oleh Rasulullah S.A.W. Kitab Zad
al-Ma`ad fi huda khair al-ibad ada menyebutkan bahawa Rasulullah S.A.W
meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. (Maksudnya;
Rasulullah makan madu terlebih dahulu, kemudian barulah meminum air. Bukan
mencampurkan madu ke dalam air.) Baginda bersabda;
"Dari Abu Hurairah, beliau
berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan,
maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Hadis sahih tentang madu
Hadis
pertama, kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah S.A.W mengadu
tentang saudaranya yang sakit perut. Rasulullah S.A.W bersabda, dia hendaklah
diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit
saudaranya tidak juga sembuh. Rasulullah S.A.W menyuruh saudara pemuda itu
terus minum madu sehingga tiga kali. Lelaki itu menjawab, saudaranya telah
minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Rasulullah S.A.W berkata; ”Allah benar dan perut saudaramu itu
berbohong”. Lalu Rasulullah S.A.W sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan
madu dan dia akhirnya sembuh. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis
yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
”Ubat
terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. Dan umatku
dilarang membakar dengan api”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis di atas menjelaskan bahawa;
1. Madu merupakan ubat segala penyakit
kerana Rasulullah S.A.W tidak melihat keadaan pesakit itu, tetapi terus
menyebut madu adalah ubatnya.
2. Madu hendaklah diambil beberapa kali
sebelum memberikan kesan yang baik kepada penggunanya.
Nantikan Part 3: Khasiat & Cara Pengambilan Madu